Anda di sini

Briged Putera Sandakan juara bertahan

Advertisement
 Vivian (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pada majlis berkenaan.
ALBUM: Vivian (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pada majlis berkenaan.

SANDAKAN: Briged Putera Bahagian Sandakan berjaya mengekalkan kejuaraan Sukan Briged Putera Sabah kelapan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Acara dwitahunan berkenaan terpaksa ditangguhkan pada 2021 disebabkan pandemik COVID-19 dan kali ini telah diadakan pada 27 Mei lalu.

Turut dianjurkan bersama acara sukan lain adalah 'Life Games' yang mana ia julung kali diadakan.

Majlis penutupan berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong pada 31 Mei 2023.

Vivian dalam ucapannya memuji pasukan dari Sandakan yang berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada 2019 khususnya dalam acara badminton, bola keranjang dan bola kapten.

"Terima kasih kepada pihak penganjur atas komitmen yang ditunjukkan bagi menjayakan sukan ini.

"Tidak dilupakan kesungguhan, semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, acara 'Life Games' juga menyumbang kepada pertumbuhan peribadi para peserta. 

Menurutnya, pengalaman yang diperolehi akan membantu para peserta untuk menempuhi cabaran hidup secara lebih positif.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Steve Liew berkata, pihaknya menghargai usaha para peserta yang menyertai sukan berkenaan dengan semangat kesukanan tinggi.

Beliau juga menyeru agar semua ahli Briged Putera Sabah bersedia dan berkumpul di Tawau untuk edisi akan datang pada 2025.

Dalam pada itu, Briged Putera Bahagian Kota Kinabalu berjaya memenangi acara futsal.
 

  • oleh
  • Advertisement