Anda di sini

Tingkatkan keahlian untuk kemantapan PBS

Advertisement
 Joachim (dua kanan) ketika menerima borang permohonan keahlian PBS ketika di majlis berkenaan.
TERIMA: Joachim (dua kanan) ketika menerima borang permohonan keahlian PBS ketika di majlis berkenaan.

KOTA BELUD: Semua bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu meningkatkan keahlian masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan parti diperingkat akar umbi.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, keahlian amat penting kerana tanpa keahlian yang ramai sesebuah parti tidak akan kuat.

“Justeru, semua bahagian parti perlu meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai ahli supaya parti kita kekal kuat.

“Sebuah parti yang kuat penting dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah dan membela nasib orang-orang Sabah.

“Bilangan ahli juga harus diterjemahkan kepada jumlah undi dalam mana mana pilihan raya,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-38 bagi empat bahagian parti iaitu Kadamaian, Pintasan, Usukan dan Tempasuk di sini pada Khamis.

Beliau berkata kekuatan sesebuah parti bermula dari peringkat akar umbi yang melibatkan bahagian dan cawangan.

Pada majlis berkenaan, Joachim turut menerima borang permohonan keahlian seramai 700 orang yang disampaikan oleh Ketua Bahagian PBS Pintasan, Muji Ampau. 

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Tempasuk dan Usukan; Demis Rumanti, James Baga dan Lamdin Kuyab serta pemimpin PBS yang lain.


 

  • oleh
  • Advertisement