Anda di sini

Safar dianugerahkan pangkat kehormat Timbalan Pesuruhjaya Bomba

Advertisement
 Safar (tengah) merakamkan gambar bersama Abdul Wahab (tiga kiri) dan Awang Shaminan (dua kiri), Mahkzan (tiga kanan), Mohd Rashid (kanan) dan Alvin (kiri).
ALBUM: Safar (tengah) merakamkan gambar bersama Abdul Wahab (tiga kiri) dan Awang Shaminan (dua kiri), Mahkzan (tiga kanan), Mohd Rashid (kanan) dan Alvin (kiri).

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Upacara pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.

Beliau turut menerima sijil pangkat kehormat dan tongkat kuasa di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu dekat sini, semalam.

Turut menerima anugerah serupa ialah Setiausaha Persekutuan Datuk Makhzan Mahyuddin.

Sementara itu, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag. Sahari pula dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Manakala, dua lagi individu iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Elvin Alrick Jilan dan Setiausaha Perhubungan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Advertisement