Anda di sini

PPM rampas barang kawalan, rokok yang cuba diseludup

Advertisement
 Barangan kawalan serta rokok yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS: Barangan kawalan serta rokok yang dirampas daripada suspek.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki setetusnya menggagalkan cubaan menyeludup barang kawalan dalam satu operasi di Jambatan Kampung Mangkalinau Batu 3 di sini semalam.

Menurut sumber, antara yang dirampas semasa operasi terbabit termasuklah 312 paket gula satu kilogram, 84 paket tepung gandum dan 170 paket minyak masak.

“Suspek juga didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal mengemukakan surat atau dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM1,540,” katanya.

Sementara itu katanya PPM Sandakan juga berjaya membuat rampasan membabitkan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 iaitu sejumlah rokok dipercayai untuk diseludup masuk ke Sabah dengan cara melarikan cukai.

“Keemua bekalan rokok ini berjaya dikesan apabila pegawai dan anggota PPM membuat serbuan di sebuah pondok di Batu 8, Sandakan.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM52,500,” katanya.

Sementara itu Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata pihaknya akan sentiasa memastikan pelanggaran undang-undang sedia ada dikuatkuasakan. 

Justeru itu katanya masyarakat juga disarankan menyalur maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Sabah di talian Whatsapp 013-9391197.

  • oleh
  • Advertisement