Anda di sini

Nelayan jatuh laut masih belum ditemukan

Advertisement
 Lokasi SAR dipercayai kawasan mangsa dilapor terjatuh ke dalam laut.
SAR: Lokasi SAR dipercayai kawasan mangsa dilapor terjatuh ke dalam laut.

TAWAU: Seorang nelayan lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di kawasan perairan Sungai Melayu di sini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata Pusop ZM Tawau mendapat makluman berkenaan kes jatuh laut pada jam 11.13 pagi.

“Bertindak dengan maklumat kita menggegaskan Bot Halilintar 7 bergerak dari sektor B menuju ke sektor A yang dimaklumkan pusop ZM Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pasukan dari Bot Halilintar 7 yang tiba di lokasi kemudian bertemu dengan seorang saksi berumur 55 tahun dari Kampung Sungai Melayu dan menaiki sebuah bot di kawasan itu.

“Saksi memaklumkan suami isteri berasal dari Kampung Titingan menaiki sebuah bot jongkong yang membawa muatan botol kosong melanggar sesuatu di perairan berkenaan.

“Kejadian menyebabkan bot tersebut hilang kawalan sehingga menyebabkan suami isteri terbabit tercampak ke laut,” katanya.

Katanya berdasarkan maklumat saksi, nelayan yang berada di sekitar lokasi kejadian sempat menyelamatkan isteri mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Sehingga kini seorang lagi mangsa lelaki yang juga suami mangsa masih belum ditemukan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) giat dijalankan oleh Bot Halilintar 7 dengan bantuan beberapa agensi keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

  • oleh
  • Advertisement