Anda di sini

Majlis Makan Malam United Malaysia ke-5 hari ini

Advertisement
BATHOLOMEW
BATHOLOMEW


KOTA KINABALU: Penyokong serta peminat yang telah membeli tiket untuk Majlis Makan Malam United Malaysia ke-5 dinasihatkan untuk datang awal ke Dewan Hakka hari ini.

Presidennya Batholomew Jingulam berkata, mereka yang datang awal boleh menyertai cabutan bertuah yang diadakan pada 6.30 petang.

Katanya, mereka yang bertuah boleh memenangi pakej perjalanan percuma untuk menonton perlawanan Manchaster United di Stadium Old Trafford, United Kingdom.

"Memandangkan terletak pada hari bekerja, anda dinasihatkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya dalam kenyataan.
 
Katanya, selain cabutan bertuah utama, terdapat lagi hadiah menarik yang lain menanti para hadirin yang bertuah.

United Malaysia adalah kelab penyokong Manchester United yang rasmi di negara ini.
 

Advertisement