Anda di sini

36 kontinjen, 1,759 peserta meriahkan Perarakan Gawai Peringkat Betong esok

Advertisement
Rentap hadir pada majlis raptai di Kompleks Sukan Betong hari ini menjelang Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2023 esok.
Rentap hadir pada majlis raptai di Kompleks Sukan Betong hari ini menjelang Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2023 esok.

BETONG: Sebanyak 36 kontinjen melibatkan 1,759 peserta bakal menyertai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2023 esok.

Jurucakap penganjur memberitahu, penyertaan melibatkan empat kategori yang turut dipertandingkan bagi merebut hadiah lumayan dengan pemenang keseluruhan bakal menerima wang tunai RM10,000 berserta piala pusingan.

"Bertemakan 'Beserakup Segulai Sejalai,' jawatankuasa telah menyenaraikan empat kategori untuk dipertandingkan iaitu Kategori A bagi jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan swasta.

"Kategori B menyaksikan penyertaan untuk ketua kaum/rumah panjang/kampung/NGO/pekan.

"Kategori C dikhaskan kepada PIBG/sekolah-sekolah menengah, manakala Kategori D untuk PIBG/sekolah-sekolah rendah.

"Pemenang setiap kategori masing-masing menerima hadiah iaitu johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi dan sijil.

"Naib johan bakal menerima hadiah wang tunai RM20,000 serta trofi dan sijil manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi dan sijil," jelasnya.

Beliau berkata, kontinjen yang tidak tersenarai sebagai pemenang turut masing-masing menerima sagu hati berupa wang tunai RM350 serta sijil.

Katanya, persembahan terbaik turut menerima hamper bernilai RM250 bagi setiap kategori selain pemenang keseluruhan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan piala pusingan.

"Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir menyertai perarakan seterusnya merasmikan majlis tersebut," katanya.

Turut dijangka hadir Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu. 
 

  • oleh
  • Advertisement