Anda di sini

20 pelajar dimasukkan ke hospital selepas keracunan hidrocarbon

Advertisement
 Cecair spirit yang dicampurkan bersama minuman bikarbonat menyebabkan keracunan hidrocarbon.
SPIRIT: Cecair spirit yang dicampurkan bersama minuman bikarbonat menyebabkan keracunan hidrocarbon.

KOTA MARUDU: Seramai 20 pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dimasukkan ke hospital disebabkan keracunan hidrocarbon (spirit).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, dua daripada mangsa sedang mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Siasatan awal mendedahkan salah seorang pelajar bertindak membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol spirit dari sebuah kedai runcit berhampiran kira-kira jam 1 petang 6 Jun lalu.

“Salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua cecair itu bagi mendapatkan kesan yang sama dengan arak memandangkan tiada arak yang dijual berhampiran kawasan asrama berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kumpulan pelajar itu kemudian dikatakan meminum campuran terbabit yang mana ianya adalah idea daripada salah seorang pelajar di asrama sekolah berkenaan.

“Sebaik meminum campuran itu, tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama sebelum dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Pelajar bagaimanapun diarahkan pulang dan diarah untuk datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk,” katanya.

Tambahnya dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dan dua daripada pelajar mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan GCS lemah dan dirawat melalui intubasi.

Katanya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) serta HQE2 dan sedang dirawat di Unit Kecemasan. 

Beliau berkata, 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala kesemua mangsa dalam keadaan stabil. 

“Berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol dari mana-mana cecair arak.

“Sebaik mengesan botol spirit yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum,” katanya.

Tambahnya, pekerja kedai runcit terbabit turut mengesahkan seorang pelajar datang ke kedai untuk membeli cecair Spirit dan minuman bikarbonat.

“Setakat ini tidak ada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement