Anda di sini

Tamu bulanan akan diwujudkan di Pekan Bingkor: Robert

Advertisement
 Robert (kanan) ketika menyampaikan ucapan bagi merasmikan sambutan Pesta Kaamatan JKDB Pekan Bingkor di Dewan Tamuon Aki Tingadon Pantayan.
RASMIKAN: Robert (kanan) ketika menyampaikan ucapan bagi merasmikan sambutan Pesta Kaamatan JKDB Pekan Bingkor di Dewan Tamuon Aki Tingadon Pantayan.


KENINGAU: Tamu bulanan akan diwujudkan di Pekan Bingkor sebagai salah satu tarikan produk pelancongan baharu di daerah ini.


Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, ia adalah antara usaha bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong daripada luar dan dalam negara untuk berkunjung ke daerah ini.


"Produk pelancongan perlu kita majukan dan juga saya ada menyarankan supaya tamu ini kita adakan tamu bulanan yang mana daerah ini belum ada tamu bulanan.


"Tamu bulanan yang diadakan di Pekan Bingkor ini akan dibuat oleh pihak-pihak yang berwajib dan juga produk-produk pelancongan kita akan bawa dalam usaha serupa ini," jelas Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Bingkor di Dewan Tamuon Aki Tingadon Pantayan, baru-baru ini.


Penganjuran sambutan perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan selama lima hari bermula 30 Mei sehingga 3 Jun lalu itu dipengerusikan Pengerusi JKDB Pekan Bingkor, Jainus Rayner Lian mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.


“Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran produk kraftangan tempatan dan sebagainya sekali gus mewujudkan sosioekonomi penduduk setempat.


“Selaku wakil rakyat di kawasan ini saya akan sentiasa berusaha membantu semampunya pengusaha tempat-tempat pelancongan yang terdapat di daerah ini khususnya DUN Bingkor kerana ia dilihat dapat meningkatkan sumber pendapatan penduduk setempat dan sekitar,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement