Anda di sini

Robert sumbang peralatan, demi kemudahan penduduk

Advertisement
 Robert (tiga kanan) semasa menyerahkan sumbangan beruti dan papan kepada pengurusan JPKK Kg Baginda Ulu yang diterima oleh Sumiati (dua kanan) dan Julius.
SAMPAIKAN: Robert (tiga kanan) semasa menyerahkan sumbangan beruti dan papan kepada pengurusan JPKK Kg Baginda Ulu yang diterima oleh Sumiati (dua kanan) dan Julius.


KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik menyampaikan sumbangan beruti dan papan bagi kegunaan pemasangan trek laluan motosikal di jambatan gantung di Kampung Baginda Ulu yang selama ini merumitkan pergerakan harian terutama penunggang motosikal.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Baginda Ulu, Sumiati Yunus yang hadir menerima sumbangan itu, yang disampaikan sendiri oleh Robert.


Menurut Sumiati, dengan adanya laluan itu nanti, ianya dijangka dapat memudahkan pergerakan sekitar 100 penunggang motosikal sebagai alternatif bagi menuju ke beberapa buah kampung berdekatan setiap hari.


Menurut Ketua Kampung Baginda Ulu, Julius Musat yang turut hadir menerima sumbangan itu berkata kerja-kerja pemasangan laluan itu akan diadakan secara bergotong royong dalam masa terdekat ini.


“Syabas dan terima kasih banyak diatas keprihatinan wakil rakyat yang amat memahami keperluan rakyat dan tidak pernah jemu dan bosan membantu rakyat yang diwakilinya,” kata Julius.


Kesempatan yang terluang itu dimanfaatkan oleh Robert yang juga Pembantu Kerja Raya bagi berinteraksi, sambil bertanyakan khabar dan beramah mesra dengan penduduk kampung.

  • oleh
  • Advertisement