
SIBU: Susan George @ Suhana Abdullah disingkirkan dari jawatannya sebagai Ketua Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Pemangku Presiden PBDS Mejar (B) Moses Ripai berkata Susan disingkirkan daripada jawatannya itu pada bulan Mac lalu.
Katanya, surat penamatan serta penyingkirannya daripada jawatan itu ditandatangani oleh bekas Presiden PBDS, Bobby William.
"Mengikut perlembagaan parti, pelantikan dan penyingkiran Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik adalah prerogatif presiden," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, bekas calon pilihan raya kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu didakwa di makhamah kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pembelian rumah membabitkan jumlah lebih RM1 juta.
Tertuduh yang berumur 38 tahun bagaimanapun tidak mengaku tidak bersalah dan dibenar dibebaskan dengan ikat jamin RM120,000 dengan dua penjamin.
"Lembaga disiplin parti mengambil tindakan berdasarkan laporan polis dan kes mahkamah. Dia akhirnya akan dipecat sebagai ahli parti dan kita mempunyai perlembagaan parti yang perlu dipatuhi sewajarnya," kata Moses.
Moses berkata, parti di bawah pimpinannya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku ahlinya yang boleh merosakkan imej parti serta menggugat integriti dan disiplin parti.
Katanya, PBDS akan melantik Ketua Wanita yang baharu yang merupakan seorang peguam di Sibu.