Anda di sini

SAEX2023 Tawau diadakan pada 23-25 Jun depan

Advertisement
DAYANG KHATIJAH
DAYANG KHATIJAH

TAWAU: ESM Exhibitor Relations Malaysia akan mengadakan Sabah Agro Expo 2023 (SAEX2023) di daerah ini pada 23 hingga 25 Jun depan di Dewan Masyarakat Tawau.

Program yang julung kali diadakan di daerah ini turut disokong oleh pemain industri dan sektor pertanian dari seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan ESM Exhibitor Relations Malaysia, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, expo ini sangat penting kerana pertanian adalah tulang belakang ekonomi negara.

Katanya, Tawau terletak di lokasi strategik dan berpotensi tinggi sebagai hab industri pertanian di rantau Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina - Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA).

Objektif penganjuran ini adalah untuk memperkasa industri pertanian di Sabah, di samping sebagai platform mempromosi produk dan perkhidmatan terkini kepada orang ramai.

“Sebanyak 80 tapak pameran disediakan dari seluruh Malaysia termasuk daripada beberapa agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Selain itu, katanya, ramai pemain industri pertanian dan jenama besar dijangka akan menyertai expo yang diadakan di daerah ini.

“Expo ini akan mempamerkan mesin pertanian, Akuakultur, Bioteknologi, Baja, Hortikultur, Ternakan , Pertanian Organik, benih pokok dan Veterinar.

“Expo yang akan mempamerkan 80 jenama produk dan perkhidmatan ini dijangka akan menerima kehadiran seramai 10,000 orang,” katanya.

Dayang Khatijah berkata, expo itu dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

  • oleh
  • Advertisement