Anda di sini

Program subsidi petrol di A1 Petrol Station, Permai Sibu Sabtu ini

Advertisement
 

SIBU: Pusat Khidmat P.212 Sibu akan mengadakan program subsidi petrol di A1 Petrol Station, Permai pada Sabtu ini.

Ahli Perlimen Sibu Oscar Ling dalam hantaran di Facebooknya memberitahu, program itu akan bermula jam 8.30 pagi hingga 10 pagi.

"Program ini sebahagian daripada usaha Pusat Khidmat P.212 Sibu meringankan beban hidup rakyat berikutan inflasi yang berlaku," ujarnya.

Bagi pemilik kereta, mereka perlu mengisi petrol melebihi RM30 untuk mendapat baucar petrol bernilai RM5.

Sementara bagi pemilik motosikal, tiada had dikenakan untuk mendapat baucar petrol RM5 ini.

Selain aktiviti subsidi petrol ini, Pusat Khidmat P.212 Sibu juga mengadakan program subsidi istimewa barangan yang dibuat setiap bulan di pasar raya-pasar raya di sini.

Melalui program ini, orang ramai hanya perlu membayar RM35 bagi barangan keperluan harian terpilih yang bernilai RM50 selepas diberi subsidi.

Satu lagi program yang dijalankan dalam meringankan beban rakyat ialah program jualan gas subsidi, di mana orang ramai hanya membayar RM20 bagi satu tong gas.
  

Advertisement