Anda di sini

Pertandingan Perahu Laju 15hp di Kampung Seberang Kedai Lawas tawar hadiah lumayan

Advertisement
ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

LIMBANG: Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan pada penganjuran Pertandingan Perahu Laju 15 Kuasa Kuda (hp) di sungai Kampung Seberang Kedai Lawas Sabtu ini.

Pengurus dan ahli jawatankuasa penganjur Abdul Rahman Maidi berkata, peserta dari Lawas, Limbang, negara Brunei Darussalam, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka bakal mengocak deras Sungai Lawas pada penganjuran kejohanan itu nanti.

"Pelbagai ganjaran menarik ditawarkan pada kejohanan itu berupa wang tunai dan piala untuk direbut pemenang-pemenang perahu laju," katanya kepada media di sini, hari ini.

Abdul Rahman memberitahu, sebanyak 10 acara bakal dipertandingkan pada kejohanan yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Acara-acara yang dipertandingkan termasuk 15hp Yamaha Perahu Bidar (Tertutup Lawas), 15hp Yamaha Perahu Bidar (Terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bebas (Terbuka) dan 15hp Yamaha Perahu Bebas (Tertutup Lawas).

“Acara lain membabitkan 15hp Yamaha Perahu Bidar Sahaja (Piala Pusingan Tertutup Lawas) dan 15hp Yamaha Perahu Bidar Sahaja (Piala Pusingan Terbuka),” katanya.

Jelas beliau, yuran pendaftaran sebanyak RM20 ditetapkan bagi setiap acara dan bot penyelamat juga ditempatkan di setiap perlumbaan.

Justeru, orang ramai katanya dijemput hadir untuk memeriahkan program itu.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau di talian 019-9977900, Junaidi (019-5181505), Bujang (013-5796245) atau Kasrul (017-8642072).

Advertisement