Anda di sini

Penonton bersikap rasis terhadap Junior dikenakan tindakan penggantungan masuk stadium

Advertisement
 Junior (tengah) dan rakan sepasukan ketika menghadiri sesi latihan di  kompleks latihan Real Madrid di  Valdebebas, pinggir Madrid, kelmarin.  — Gambar AFP
TINGKATKAN STAMINA: Junior (tengah) dan rakan sepasukan ketika menghadiri sesi latihan di  kompleks latihan Real Madrid di  Valdebebas, pinggir Madrid, kelmarin.  — Gambar AFP

MADRID: Kerajaan Sepanyol mengumumkan denda dan penggantungan memasuki stadium untuk penonton yang mengeluarkan kata-kata perkauman kepada penyerang kelab Real Madrid, Vinicius Junior.

Empat orang dikenakan denda 60,001 euro dan penggantungan dua tahun dari memasuki stadium selepas menggantung patung replika pemain antarabangsa Brazil itu di sebuah jambatan pada bulan Januari.

Tiga individu akan didenda 5,000 euro dan tidak dibenarkan memasuki stadium selama setahun kerana melemparkan kata-kata perkauman kepada pemain berusia 22 tahun itu semasa satu perlawanan La Liga Sepanyol pada bulan Mei.

Selepas perlawanan, Vinicius berkata Sepanyol sekarang “milik golongan rasis”.

Ungkapan itu perlu diubah oleh kerajaan Sepanyol selepas diumumkan oleh Majlis Sukan Negara, sebuah badan yang menjawab kepada Kementerian Sukan.

Insiden menyebabkan kritikan teruk kepada budaya bola sepak Sepanyol dan cara pihak berkuasa di sana menangani  isu berkenaan.

Luis Rubiales, presiden persekutuan bola sepak Sepanyol, mengakui negaranya mempunyai satu “masalah perkauman” dalam sukan selepas insiden terbaharu itu. — AFP

Advertisement