Anda di sini

Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas di Bintangor

Advertisement
Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat melakukan operasi SAR semalam.
Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat melakukan operasi SAR semalam.

SIBU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Setubah, Bintangor tengah hari Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa dikenali sebagai Jackson Janang berumur 20 tahun dan beralamat di Rumah Bala, Sungai Stubah, Bintangor.

Katanya, semasa kejadian mangsa sedang mengeluarkan hasil tangkapan dari bubu yang dipasangnya kira-kira 70 meter dari jeti rumah panjang.

"Semasa kejadian, mangsa yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju seorang diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nicholas berkata, sebuat bot penyelamat digerakkan ke lokasi bagi melakukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Ujarnya, pasukan menyelamat menggunakan kaedah 'grappling iron' dan pencarian di permukaan air.

Turut membantu operasi SAR ialah penduduk kampung dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 

  • oleh
  • Advertisement