Anda di sini

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer. 

“Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Advertisement