Anda di sini

Tiga rumah, bengkel musnah dalam kebakaran di Kunak

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi bagi memastikan kawasan kebakaran selamat.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi bagi memastikan kawasan kebakaran selamat.

KUNAK: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jaya Baru, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, turut memusnahkan sebuah bengkel kereta di kampung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbathan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.35 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

“Kebakaran membabitkan tiga buah rumah jenis separuh kekal dan sebuah bengkel kereta,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran hanya melibatkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.40 pagi.

“Kita akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement