Anda di sini

PTC naib juara kejohanan anjuran WTF

Advertisement
 Atlet PTC yang meraih kejayaan dalam kejohanan tersebut.
CEMERLANG: Atlet PTC yang meraih kejayaan dalam kejohanan tersebut.

TAWAU: Atlet Kelab Taekwondo Perdana (PTC) terus melakar kejayaan selepas muncul naib juara dalam kejohanan ‘1st East Coast Sabah Taekwondo Invitation 2023’ baru-baru ini.

Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Taekwondo Bersatu Sabah (WTF) itu berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 1 hingga 4 Jun dan menyaksikan PTC merangkul 10 pingat emas, 14 perak dan 34 gangsa.

Presiden PTC, Datu Mazlan Datu Ibrahim berkata, pihaknya sangat berbesar hati dan bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para atlet PTC.

Katanya, atlet PTC mampu meraih kecemerlangan dalam kejohonan tersebut dan menunjukkan kelab ini sudah melahirkan atlet yang sangat berkualiti.

“Seramai kira-kira 600 atlet daripada 21 kelab yang bertanding dan PTC berjaya muncul naib johan keseluruhan dalam kejohonan tersebut.

“PTC telah membuktikan kemampuannya menjadi antara kelab yang terbaik di pantai timur Sabah serta mampu melahirkan ramai atlet di peringkat negeri dan kebangsaan,”katanya.

Menurutnya, pencapaian kelab ini adalah hasil usaha serta kerja keras semua pembantu jurulatih dan atlet yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih PTC, Master Bernardo Vivero.

“Saya berharap pencapaian ini dapat dikekalkan dalam kejohonan akan datang dan terus mencipta rekod-rekod baharu yang membanggakan.

“Besar harapan saya agar PTC dapat melahirkan lebih ramai atlet pelapis agar terus mendominasi sukan taekwondo hingga peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Bernardo menzahirkan syukur kerana kerja keras semua warga PTC membuahkan hasil sehingga mampu menjadi kelab yang disegani di negeri ini.

“Kita akan meraikan semua atlet PTC yang menang pingat emas dalam kejohanan tersebut dengan memberikan insentif dan ganjaran wang tunai kepada pemenang yang memperoleh ‘Point Gap’.

“Ibu bapa dan guru di seluruh pantai timur Sabah yang ingin mencari jurulatih atau menubuhkan cawangan PTC boleh menghubungi saya di nombor 0104539970,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement