Anda di sini

Pesuruhjaya Polis Sarawak lawat Balai Polis Beluru dan Long Lama

Advertisement
Mohd Azman bersama anggotanya di Balai Polis Long Lama.
Mohd Azman bersama anggotanya di Balai Polis Long Lama.

MARUDI: Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Beluru dan Balai Polis Long Lama baru-baru ini.

Turut serta Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak SAC Awang Din Awang Gani, Pegawai Turus Komunikasi Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Sarawak DSP Alias Graman dan ADC Pesuruhjaya Polis Sarawak ASP Mohamad Hairie Awang Akub.

Delegasi rombongan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib bersama barisan pegawainya.

Sejurus ketibaannya, Mohd Azman melakukan pemeriksaan ke atas Kawalan Suku di pekarangan Balai Polis Beluru dan seterusnya menandatangani buku pelawat.

Mohd Ruslan menyampaikan ucapan alu-aluan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian delegasi terbabit mengunjungi Balai Polis Beluru dan Balai Polis Long Lama.

Dalam rangka lawatan kerja itu, Mohd Azman bertemu dan mendengar permasalahan warga kerja di peringkat balai dan cadangan-cadangan yang perlu.

Advertisement