Anda di sini

PBS perlu kuat, relevan di Sabah: Joachim

Advertisement
 Joachim (kiri) ketika hadir merasmikan AGM PBS Sebatik.
HADIR: Joachim (kiri) ketika hadir merasmikan AGM PBS Sebatik.

TAWAU: Semua ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta terus bekerja keras bagi memastikan parti ini terus kuat dan relevan di negeri ini.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBS perlu menjadi sebuah parti yang komited memperjuang dan mempertahankan hak-hak orang Sabah.

“Kita perlu berusaha menambah keahlian baharu bagi mengukuhkan lagi kedudukan PBS di seluruh negeri termasuk di daerah ini.

“Jentera PBS di daerah ini juga diminta supaya turun padang menyantuni rakyat supaya mereka lebih dekat dengan parti,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian dalam ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 PBS Sebatik yang diadakan di Kampung Murut, Ulu Kalabakan, di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, Joachim berkata, PBS sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Joachim yakin perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan akan memberi impak terhadap daerah ini terutamanya kepada penduduk di Sebatik dan Kalabakan.

“Ahli PBS perlu mengambil peluang dan memanfaat daripada perpindahan ibu kota tersebut untuk kemajuan diri, keluarga dan parti,” katanya.

Terdahulu, PBS menerima seramai 661 keahlian baharu daripada kawasan Kalabakan dan Sebatik ketika ini.

Turut hadir, Ketua PBS Kadamaian, Demis Rumanti; Naib Exco Pergerakan Pemuda, Shahrun Nidzam Sharoom dan Setiausaha PBS Kundasang, Japli Sami.

  • oleh
  • Advertisement