Anda di sini

MBM pelawa sertai Pertandingan Halaman Cantik 2023

Advertisement
Pemandangan pejabat MBM dari udara
Pemandangan pejabat MBM dari udara

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) sekali lagi mempelawa orang awam untuk menyertai Pertandingan Halaman Cantik 2023 yang dijadual berlangsung September depan.

Jurucakapnya memberitahu, ia diadakan bagi mengalakkan masyarakat terlibat dalam aktiviti keceriaan dan landskap di kawasan rumah, pejabat atau premis masing-masing.

Sejumlah 11 kategori dipertandingkan iaitu Rumah Tradisional, Rumah Sesebuah/Banglo, Rumah Teres Lot Tengah, Rumah Berkembar/Teres, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti/Kolej/Institut Pendidikan/Latihan, Bangunan Kerajaan, Bangunan Swasta/GLC, Hotel dan Rumah Ibadat.

Bagi kategori Rumah Tradisional, Rumah Sesebuah/Banglo, Rumah Teres Lot Tengah, Rumah Berkembar/Teres, markah dinilai melalui koleksi landskap lembut (softscape), koleksi landskap kejur (hardscape), penyelanggaraan dan kebersihan kawasan,  kreativiti dalam reka bentuk dan inisiatif 5R (amalan hijau).

Manakala bagi kategori selebihnya akan dinilai berdasarkan bahagian luar bangunan iaitu sebanyak 60 peratus dan bahagian dalam bangunan 40 peratus.

Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang, juara setiap kategori bakal membawa pulang wang RM1,000 berserta sebuah trofi dan sijil, tempat kedua RM700 berserta sebuah trofi dan sijil manakala tempat ketiga akan menerima RM500, trofi berserta sijil.

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pembayaran Seksyen Landskap, MBM, Tingkat 4, Dewan Bandaraya Miri Jalan Marina Bay pada waktu pejabat.

Borang juga boleh dimuat turun di Laman Web MBM (www.miricouncil.gov.my) mulai 29 Mei dan dikembalikan pada atau sebelum 1 September.

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada penyelaras Pertandingan Halaman Cantik 2023, Seksyen Landskap, MBM, Tingkat 4, Dewan Bandaraya Miri Jalan Marina Bay.

Penyertaan akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik dan keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung pertandingan tersebut, mereka yang berminat boleh menghubungi Muhamad Tuah Jumat atau Nilan di talian 085-414682 atau 085-420178.

Advertisement