Anda di sini

Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Advertisement
 Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernama Lady jenis Labrador ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, hari ini. - Gambar Bernama
Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernama Lady jenis Labrador ketika misi SAR kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, hari ini. - Gambar Bernama

TANJUNG MALIM: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap.

“Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River bagi proses pengecaman oleh waris mangsa. - Bernama 

Advertisement