Anda di sini

Masyarakat Iban Poyut/Lubok Nibong masih pertahan permainan tradisi 

Advertisement
Tiga 'lemambang' iaitu Tuai Adam, Tuai Rumah Tanjung dan Tuai Rumah Mapan mempersembahkan adat ‘beramban’ baru-baru ini.
Tiga 'lemambang' iaitu Tuai Adam, Tuai Rumah Tanjung dan Tuai Rumah Mapan mempersembahkan adat ‘beramban’ baru-baru ini.

MARUDI: Masyarakat Iban masih mengekalkan adat dan tradisi mereka termasuk permainan tradisi dan sebagainya.

Adat 'nimang', 'beramban' dan 'mengap' memang sentiasa diadakan pada musim perayaan Gawai sama ada Gawai Batu, Gawai Kelingkang dan banyak lagi.

Di kawasan Poyut/Lubok Nibong, adat 'nimang' dihidupkan semula sejak kematian 'lemambangnya' Tuai Rumah Ongie Alon pada 2003 pada usia 86 tahun.

Saudara mendiang iaitu Tuai Rumah Mapan Basik boleh dikatakan sebagai penggantinya yang sentiasa dipelawa untuk menjalankan adat tersebut di rumah panjang di sekitar kawasan berkenaan.

Baru-baru ini, adat 'beramban' menjelang sambutan Gawai oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Marudi telah diadakan di Rumah Gawong Jantau di Sungai Selejau yang dipersembahkan Tuai Ruman Mapan bersama Tuai Rumah Tanjung Nudong dari Sungai Stapang B dan Tuai Rumah Adam Ongie iaitu pewaris mendiang Tuai Rumah Ongie.

Mereka juga telah mempersembahkan adat 'beramban’ di hadapan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang amat berminat dengan acara tersebut.

"Permainan tradisi asal patut diteruskan supaya tidak hilang begitu sahaja dalam kalangan generasi muda," tegas Gerawat.

Advertisement