Anda di sini

Lelaki cuba seleweng petrol bersubsidi ditahan

Advertisement
 Pasukan penguatkuasa KPDN merampas bekalan petrol dalam operasi ini.
RAMPAS: Pasukan penguatkuasa KPDN merampas bekalan petrol dalam operasi ini.

LABUAN: Seorang lelaki yang dipercayai cuba menyeleweng petrol bersubsidi ditahan bersama 575 liter bahan api berkenaan dalam operasi Ops Tiris di sebuah jeti tanpa nombor di sini semalam.

Serbuan kira-kira jam 9 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Pejabat KPDN Labuan Amiluddin Malang berkata penahanan itu dijalankan selepas pasukan serbuan menjalankan risikan selama tujuh hari di kawasan berkenaan.

"Hasil serbuan berjaya merampas kira-kira 575 liter minyak dipercayai petrol yang disimpan di dalam tiga tong drum di atas sebuah lori dengan nilai sitaan RM1,180.

"Seorang lelaki warga tempatan berumur 58 tahun yang dipercayai pemandu lori berkenaan ditahan untuk diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan terhadap semua kegiatan berkaitan barang kawalan di Wilayah ini.

"Operasi ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan. 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian," katanya.

  • oleh
  • Advertisement