Anda di sini

Kes COVID-19 di Sabah turun 39 peratus

Advertisement
JOACHIM
JOACHIM

KOTA KINABALU: Sabah hanya mencatatkan sebanyak 81 kes baharu COVID-19 dalam tempoh tujuh hari iaitu 28 Mei hingga 3 Jun lalu.

Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 52 kes ataupun 39 peratus berbanding 133 kes dalam tempoh seminggu sebelum itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, semua kes yang direkodkan minggu lalu tiada melibatkan kes import berbanding satu kes minggu sebelumnya.

Katanya, purata kes aktif setiap hari pada minggu lalu sebanyak tujuh peratus, iaitu 15 kes berbanding 14 kes minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, pesakit COVID-19 related dalam rawatan meningkat sebanyak dua peratus, iaitu 147 kes pada minggu lalu berbanding 144 kes minggu sebelumnya.

Menurutnya, sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Penampang, Tambunan, Nabawan, Beluran, Telupid, Ranau, Kota Marudu, Keningau, Tawau, Papar, Tuaran, Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Tiga daerah mencatatkan kes mendatar minggu lalu seperti pada minggu sebelumnya, iaitu Lahad Datu, Beaufort dan Kunak.

“Manakala, 13 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes minggu lalu iaitu Putatan, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Sipitang, Tongod, Semporna, Kalabakan, Nabawan, Beluran, Ranau, Kota Marudu dan Keningau,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Joachim berkata, tiga daerah pula mencatatkan peningkatan jumlah kes minggu lalu berbanding minggu sebelumnya, iaitu Kinabatangan, Tenom dan Kota Belud.

Sebanyak 154 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan jumlah pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal di ICU ialah tiga orang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement