Anda di sini

TYT, Toh Puan Ragad hadiri Majlis Jamuan Teh Hari Keputeraan Agong

Advertisement
Tun Taib memotong pulut kuning disaksikan Toh Puan Ragad, Abang Johari, Penguang, Asfia dan tetamu kehormat lain hari ini.
Tun Taib memotong pulut kuning disaksikan Toh Puan Ragad, Abang Johari, Penguang, Asfia dan tetamu kehormat lain hari ini.

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena perayaan Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XVI Peringkat Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku, persembahan tarian Selamat Datang dan bacaan doa. 

Tayangan video khas dipertontonkan kepada lebih 500 tetamu yang hadir terdiri daripada wakil rakyat, ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua kaum dan jemputan lain. 

Tun Taib dan isteri ditemani Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan acara memotong pulut kuning sempena sambutan perayaan itu. 

Tetamu turut menyaksikan video lagu khas sambutan dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis tempatan. 

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin merangkap menteri bertanggungjawab terhadap sambutan perayaan.
 

  • oleh
  • Advertisement