Anda di sini

Perkhidmatan kereta api beroperasi semula di timur India

Advertisement
 

NEW DELHI: Perkhidmatan kereta api dua hala telah disambung semula di lokasi nahas di timur India, Odisha, yang mengorbankan 275 nyawa, menurut Kementerian Kereta Api persekutuan pada Isnin.

Kereta api penumpang dilaporkan bertembung dengan kereta api barang di daerah Balasore, Odisha pada Jumaat petang, manakala sekitar 1,175 penumpang cedera.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas memotong kompartmen kereta api menggunakan pemotong dan jentera berat, lapor Xinhua.

"Kerja-kerja pemulihan telah selesai dengan pemantauan berterusan oleh Menteri Kereta Api. Kereta api telah beroperasi semula di kedua-dua rel," menurut Kereta Api India dalam satu kenyataan.

Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw telah berkhemah di lokasi kemalangan sejak Sabtu, menyelia operasi penyelamatan dan pemulihan.

Sementara itu, kerajaan persekutuan mengarahkan agensi penyiasatan utama negara, Central Bureau of Investigation (CBI) melakukan siasatan terhadap kemalangan itu. - BERNAMA-XINHUA
 

Advertisement