Anda di sini

Lima maut dalam nahas ngeri 

Advertisement
Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
  • Lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu hari ini

Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Lima maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau berkata, mangsa yang maut ialah penumpang kereta Perodua Myvi yang terdiri daripada seorang wanita berusia 24 tahun dan bayi lelaki berusia dua tahun sementara seorang lelaki berusia 25 tahun, seorang kanak-kanak dan seorang remaja lelaki mengalami kecederaan.

Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.

Menurutnya, tiga lagi mangsa disahkan maut ialah mereka yang menaiki kenderaan Kia Sportage iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun, seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dan seorang lelaki dewasa manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan.

"Pihak kami dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh orang awam pada jam 10.09 pagi dengan jarak tempat kejadian 15 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dengan Kia Sportage," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, mangsa wanita dewasa yang tersepit dalam Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia di Klinik Selangau.

Jelasnya lagi, dua kanak-kanak lelaki telah dikejarkan ke Klinik Selangau oleh orang awam dan seorang lelaki dewasa yang mengalami kecederaan ringan berjaya dikeluarkan oleh orang awam. 

Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
Keadaan di tempat kejadian dalam kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.

"Manakala didapati lima mangsa menaiki kenderaan Kia Sportage, dengan tiga mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dua mangsa lelaki yang cedera parah telah dikejarkan ke Klinik Selangau oleh pihak KKM menggunakan ambulans," ujarnya.

Pasukan bomba katanya, bertindak mengeluarkan perempuan dewasa yang tersepit dalam Myvi dan seorang lelaki dalam Kia Sportage, seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kemudian jelasnya lagi, pasukan bomba melakukan 'flushing' bagi membersihkan sisa-sisa kemalangan di lokasi.

"Setelah mendapati keadaan telah benar-benar selamat, operasi ditamatkan jam 12.48 tengah hari dan pasukan bomba bertolak balik ke balai," jelasnya.
 

Advertisement