Anda di sini

Kerajaan pusat diminta selesaikan masalah elektrik, air di Sabah

Advertisement
LO SU FUI
LO SU FUI

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui memohon supaya kerajaan pusat mengambil langkah drastik bagi membantu mengatasi masalah elektrik dan air di Sabah.

Katanya, masalah tersebut sudah lama dialami oleh rakyat Sabah dan ia semakin merungsingkan kerana isu ini seakan sukar diselesaikan.

“Kerajaan perpaduan dan menteri yang bertanggungjawab perlu menangani masalah tersebut supaya ia tidak berlarutan terlalu lama.

“Justeru, saya mewakili rakyat di Sabah khasnya di Tawau mahu mengetahui perancangan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, rakyat di Sabah mahu mengetahui apakah kapasiti elektrik mencukupi dan langkah yang akan diambil oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita juga mahu mengetahui adakah SESB yang 80 peratus dimiliki Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mewujudkan mekanisme pemberian pampasan ganti rugi kepada pengguna.

“Selain itu, kita meminta SESB memberikan notis awal dan kemaskini setiap 30 minit mengenai catuan bekalan elektrik melalui media sosial,” katanya.

Sementara itu, Lo turut meminta penjelasan mengenai komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana yang dinyatakan dalam konvesyen nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

“Pendekatan kerajaan pusat yang mahu mengambil alih pengurusan air di Sabah sebagaimana dilaporkan media sebelum ini dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement