Anda di sini

Verstappen lengkapkan ‘senarai teratas berganda’ sesi latihan bebas menjelang Grand Prix Sepanyol

Advertisement
 

BARCELONA: Juara bertahan, Max Verstappen, melengkapkan ‘senarai teratas berganda’ untuk pasukan Formula Satu (F1) Red Bull dalam sesi latihan bebas menjelang Grand Prix Sepanyol.

Pendahulu keseluruhan kategori pemandu itu mencipta masa terpantas dalam kedua-dua sesi pagi dan petang, di hadapan rakan sepasukannya, Sergio Perez sementara pemandu tuan rumah yang juga bekas juara dunia dua kali, Fernando Alonso, menduduki tangga kedua untuk pasukan Aston Martin.

Menunjukkan bagaimana dia menyesuaikan diri dengan sepenuhnya di Litar Catalunya yang dinaik taraf, dengan perubahan yang menjadikannya litar lebih pantas tahun ini, Vettel mencipta masa terpantas satu pusingan satu minit 13.907 saat, mengatasi Alonso dengan 0.17 saat.

Nico Hulkenberg dari pasukan Haas di tempat ketiga, di hadapan Perez, Esteban Ocon dari pasukan Alpine dan dua pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, yang menarik perhatian penonton tempatan dengan beberapa pemanduan memberangsangkan.

George Russell dari pasukan Mercedes di kedudukan kelapan, di hadapan dua pemandu pasukan Alfa Romeo, Valtteri Bottas dan Pierre Gasly (Alpine) ketika kebanyakan pasukan menilai naik taraf pada kereta masing-masing.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, bergelut dengan keretanya dari pasukan Mercedes dan menamatkan sesi latihan di tangga ke-11 tetapi dia tetap mempamerkan sesi yang baik kerana 12 pemandu teratas mempunyai catatan masa yang sangat rapat.

Selepas sesi pagi dengan cuaca cerah, sesi sebelah petang diancam hujan walaupun bermula dalam cuaca cerah dengan Ocon mencipta masa terpantas terlebih dahulu sebelum Verstappen dan Sainz menguasai dua tempat teratas.

Ocon mencipta masa 1:14.999, yang kemudian mudah dipintas Verstappen dengan pasukan Red Bull juga membuat pemilihan tayar yang cukup berkesan untuk mengurangkan lagi catatan masa terpantas kepada 1:13.907 saat.

Kebanyakkan pasukan utama juga menilai naik taraf kereta mereka dengan pasukan Aston Martin memasang sayap hadapan baharu kereta, Ferrari memasang bahagian sisi yang dalam usaha untuk merapatkan  jurang tetapi Verstappen kelihatan sangat pantas menyesuaikan diri di litar yang dinaik taraf itu. — AFP
 

Advertisement