Anda di sini

PEWARTA tekad perjuang kebajikan ahli

Advertisement
 Shamry (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Norwahid.
SUMBANGAN: Shamry (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Norwahida.

TAWAU: Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (PEWARTA) bertekad untuk terus membantu ahlinya yang ditimpa musibah dan memerlukan bantuan.

Pengerusi PEWARTA Shamry Mohd Sani berkata, pihaknya akan mengambil beberapa inisiatif untuk menambah dana persatuan bagi tujuan kebajikan ahli.

Katanya, PEWARTA akan berkolaboratif dengan mana-mana pihak khususnya kerajaan negeri bagi mencari sumber kewangan persatuan ketika ini.

“Saya yakin kerajaan negeri menyambut baik usaha yang dilakukan oleh PEWARTA kerana sejak dari dahulu pengamal media memainkan peranan membantu menyampaikan dasar dan aktiviti kerajaan.

“Justeru, saya berharap kerajaan negeri dapat memberikan bantuan dana demi menjaga kebajikan pengamal media di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan Norwahida Yamaluddin yang kini lumpuh separuh badan, di sini, baru-baru ini.

Shamry berkata, sumbangan tersebut merupakan kali kedua yang disampaikan oleh PEWARTA, hasil daripada pungutan dana semua ahli.

“Kita akan cuba mencari sumber dana dan sumbangan daripada pihak lain supaya Norwahida dapat dibantu pada masa akan datang.

“Saya berharap lebih ramai lagi yang tampil untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kos rawatan dan perbelanjaan harian Norwahida,” katanya.

Terdahulu, Norwahida bertugas sebagai pemberita sejak tahun 1996 dan telah bertugas di beberapa agensi di Sabah, namun menamatkan perkhidmatannya sekitar dua tahun lalu susulan pandemik.

Antara penghargaan tertinggi yang diterima adalah Pingat Kedaulatan Negara tahun 2013, yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas insiden Tanduo di Lahad Datu.

Selain itu, beliau turut meraih Anugerah Wartawan Belia sebanyak dua kali sempena Hari Belia Negeri dan beberapa Anugerah Kewartawanan SHELL.

  • oleh
  • Advertisement