Anda di sini

Perlumbaan 1 pusingan 2 GR Vios Challenge sangat berhati-hati

Advertisement
Pusingan 2 GR Vios Challenge Perlumbaan 1 di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan pertarungan generasi yang menarik antara pelumba muda dan berpengalaman.
Pusingan 2 GR Vios Challenge Perlumbaan 1 di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan pertarungan generasi yang menarik antara pelumba muda dan berpengalaman.

KUCHING: Pusingan 2 GR Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang dibuka dengan Perlumbaan 1 yang sangat berhati-hati kerana pemandu dalam semua kelas perlumbaan kelihatan bergantung pada permainan strategi untuk mengumpul mata sebanyak mungkin supaya kekal dalam pertarungan atau mengukuhkan kedudukan bagi gelaran kejuaraan keseluruhan.

Sejumlah 1.5 juta penonton dalam talian telah menonton pertarungan generasi yang menarik antara pelumba muda dan berpengalaman.

Dalam Super Sporting bagi pemandu elit, pemandu veteran Eddie Lew mendahului dari barisan hadapan grid untuk mengetuai perlumbaan 20 pusingan di hadapan ‘pole position man’ dan rakan sepasukan Laser Motor Racing Putera Adam.

Lew bertahan di hadapan selama tiga pusingan sebelum dipintas oleh Mitchell Cheah yang menyerbu ke hadapan dari tempat kelima di grid. 

Lima pemandu teratas pada separuh masa perlumbaan dikuasai oleh Cheah, Lew, Putera Adam dan Hayden Haikal dari Axle Sports dan rakan sepasukan Naquib Azlan.

Dengan baki dua pusingan lagi, jurang antara Mitchell serta pasangan Lew dan Putera Adam hanyalah 0.4 saat dan ia kekal begitu sehingga mereka menamatkannya, dengan Hayden di tempat keempat dan Freddie Ang dari Telagamas Toyota mendapat tempat kelima di hadapan Naquib.

Pertarungan pemandu muda dalam Rookie Class pula menyaksikan Nazmir Azlan meraih kemenangan mendahului Yazid Razak di tempat kedua dan Azriel Azhar di tempat ketiga.

Nazmir telah mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir walaupun bermula pada kedudukan keempat di grid. 

Ironinya, ketiga-tiga pemandu yang bermula dari bahagian paling belakang grid akhirnya menamatkan perlumbaan dengan berada di kedudukan tiga teratas.

Sementara itu dalam Sporting Class, Nabil Azlan memanfaatkan kedudukan petak pertamanya untuk mendahului perlumbaan 20 pusingan diikuti Aaron Haikal dari Distinctive Model dan Abdul Miqail dari 23 Motors.

Aaron dan Miqail terlibat dalam perebutan tempat kedua yang membolehkan Nabil melebarkan pendahuluan daripada 1.5 saat kepada lebih 3.4 saat di hadapan selepas enam pusingan. 

Pendahuluan itu meningkat secara beransur-ansur kepada 6.5 saat sebelum Nabil akhirnya melepasi garisan penamat dengan kemenangan 11 saat.

Dengan baki enam pusingan lagi, perebutan tempat kedua disertai oleh Sharique Zulqarnain dari Axle Sports yang bermula dari tempat keempat di grid. Sharique meninggalkan Aaron untuk kedudukan ketiga sebelum meletakkan pandangannya pada Miqail yang berada 1 saat lagi di hadapan.

Pertempuran antara Miqail dan Sharique semakin sengit hingga ke pusingan terakhir tetapi sentuhan antara kedua-dua pemandu membawa kedua-dua mereka keluar dari persaingan, sekali gus menaikkan Aaron kembali ke kedudukan kedua dan Race Rally KL Mohd Shafiq Samsudin ke tempat ketiga.

Dalam Promotional Class untuk selebriti pua, ‘pole sitter’ dan pelakon Shukri Yahaya memandu perlumbaan 18 pusingan tanpa cela untuk menang mendahului pelakon dan pengacara Ezzrin Loy di kedudukan kedua dan pelakon Ahirine Ahirudin menduduki tiga kedudukan teratas.

Pusingan 2 GR Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang disiarkan secara langsung di www.toyota.com.my/tgrmalaysia dan merentasi semua platform media sosial Toyota Gazoo Racing Malaysia di laman Facebook, Instagram dan Youtube.

Perlumbaan itu melibatkan seramai 45 pemandu yang bersaing dalam Super Sporting Class untuk pemandu elit dan professional, Sporting Class untuk amatur, Rookie Class untuk pemandu muda dan Promotional Class untuk selebriti.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web UMW Toyota Motor (Malaysia) Sdn Bhd di www.toyota.com.my dan di laman media sosial Toyota Gazoo Racing Malaysia.
 

Advertisement