Anda di sini

Perintah Berkurung ESSZONE dilanjut sehingga 19 Jun ini

Advertisement
JAUTEH
JAUTEH

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu akan dilanjutkan selama dua minggu bermula hari ini sehingga  19 Jun 2023 mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, arahan berkenaan dijalankan buat kali ke 212 melibatkan tujuh daerah di kawasan perairan pada jarak tiga batu nautika ke atas bermula jam 6 petang hingga 6 pagi. 

Katanya, pengguna perairan boleh memohon permit daripada ketua polis daerah berkenaan kebenaran untuk memasuki kawasan perintah berkurung secara sah.

"Keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung ini adalah bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau peranginan.

"Hasil maklumat risikan mendedahkan kumpulan militan Abu Sayyaf dan pihak yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lanjutan terbabit turut bertujuan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di bahagian daratan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

"Dengan pelaksanaan perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, dan Beluran.
 

  • oleh
  • Advertisement