Anda di sini

Aaron Haikal ikut jejak abang bertanding pada GR Vios Challenge

Advertisement
Aaron Haikal merupakan pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.
Aaron Haikal merupakan pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.

KUCHING: Bertanding pada musim pertama GR Vios Challenge, Aaron Haikal berusia 15 tahun mempunyai tanggungjawab besar untuk dipikul berikutan dia mengikuti jejak langkah abangnya Hayden yang sudah pun bergelar juara dua kali dalam siri itu.

Memandu untuk Distinctive Model, Aaron adalah pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.

Walaupun masih cuba menyesuaikan diri setelah beralih kepada perlumbaan kereta sedan daripada karting, Aaron menduduki tempat ke-10 dan ketujuh dalam dua perlumbaan pertama siri pada bulan Februari. 

Aaron juga maju ke hadapan secara pantas apabila dia layak ke tempat ketiga di grid untuk Pusingan 2 hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang.

“GR Vios Challenge sangat mencabar kerana anda memandu pada kelajuan yang sama seperti orang lain di grid. Ia sangat berbeza daripada karting,” kata Aaron.

Ditanya sama ada abangnya Hayden, 18, telah memberinya pengetahuan berharga mengenai perlumbaan, Aaron berkata, mereka bersedia untuk perlumbaan hujung minggu dengan melihat data perlumbaan sebelum ini dan mengenal pasti perkara yang boleh dia perbaiki.

Pada usia 14 tahun, Hayden telah menjadi pemandu termuda pernah menyertai GR Vios Challenge apabila ia mula dimulakan pada 2017.

Hayden juga menjadi pemandu termuda pernah memenangi kejuaraan keseluruhan Sporting Class dan Super Sporting Class (untuk pemandu profesional dan elit).

"Saya percaya saya telah membuat penambahbaikan menjelang Pusingan 2 dan saya tidak sabar untuk berjuang untuk mata kejuaraan hujung minggu ini," kata Aaron yang bersemangat untuk menambah kemenangan perlumbaan GR Vios Challenge kepada pencapaian perlumbaannya yang sudah termasuk dua kemenangan kejuaraan keseluruhan kelas kadet (karting) pada usia sembilan dan 10 tahun.

Saksikan semua aksi dan persembahan pentas oleh selebriti tempatan yang disiarkan secara langsung di laman web UMW Toyota Motor (Malaysia) Sdn Bhd di www.toyota.com.my dan di laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.toyota.com.my.
 

Advertisement