Anda di sini

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sepanjang Kaamatan

Advertisement
 Ewon (tiga kiri) dan Shariah (dua kiri) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Siti (kiri), Bakri (dua kanan) dan Ali (Kanan).
SUMBANGAN: Ewon (tiga kiri) dan Shariah (dua kiri) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Siti (kiri), Bakri (dua kanan) dan Ali (Kanan).

KOTA BELUD: Yayasan PETRONAS berjaya mengagihkan 500 bakul makanan sepanjang musim perayaan Pesta Kaamatan di lima kawasan di Sabah termasuk Kota Belud, Tuaran, Inanam, Telupid, dan Menumbok. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis berkata program impak sosial ‘Memacu Kehidupan: Kaamatan 2023’ diterajui oleh Yayasan PETRONAS dan disokong PETRONAS Dagangan Berhad itu berlangsung sempena sambutan Kaamatan yang bermula secara rasmi pada 1 Mei lalu di Tuaran.

“‘Memacu Kehidupan’ adalah program impak sosial tahunan yang menyediakan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan semasa perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui sumbangan bahan makanan daripada Yayasan PETRONAS semasa musim perayaan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik agar musim perayaan menjadi lebih ceria bagi mereka.

"Program ini dirangka untuk menyediakan bukan sahaja makanan, tetapi juga untuk mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan semasa musim perayaan," katanya.

Acara kemuncak bagi program impak sosial ‘Memacu Kehidupan: Kaamatan 2023’ dilaksanakan di Dewan Kompleks Sukan Kota Belud.

Majlis dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian.

Ewon juga menyerahkan bakul makanan kepada 100 ahli komuniti tempatan dalam kalangan penerima yang dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat (JPKA). 

Antara sumbangan termasuklah barangan makanan musim perayaan yang diperolehi daripada usahawan tempatan.

Turut hadir Ketua Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab, Pegawai Daerah Kota Belud Bakri Nanun dan Timbalan Pengarah Operasi JPKA Ali Hassan Kahar.

  • oleh
  • Advertisement