Anda di sini

Rumah di Kampung Unta musnah terbakar

Advertisement
 Kediaman mangsa yang musnah dalam kebakaran tersebut.
MUSNAH: Kediaman mangsa yang musnah dalam kebakaran tersebut.

LAHAD DATU: Sebuah keluarga terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Unta, Jalan Bakawali, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.36 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal sudah musnah dalam kejadian tersebut.

“Pasukan bomba segera memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka daripada sungai berhampiran kira-kira 300 meter daripada lokasi kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan beberapa rumah berhampiran daripada musnah terbakar.

Sumsoa berkata, setakat ini kebakaran hanya melibatkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.07 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement