Anda di sini

Gua Batu Salag, produk pelancongan di Bingkor

Advertisement
 Robert tiba di pintu utama ke Gua Batu Salag ketika meninjau keadaan persekitaran yang terdapat di pusat pelancongan itu.
TINJAU: Robert tiba di pintu utama ke Gua Batu Salag ketika meninjau keadaan persekitaran yang terdapat di pusat pelancongan itu.


KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor, Datuk Robert Tawik melakukan lawatan dan seterusnya meninjau kawasan Gua Batu Salag, dekat sini pagi kelmarin.


Gua Batu Salag merupakan salah satu dari produk pelancongan yang terdapat di daerah Keningau serta mempunyai tarikannya yang tersendiri.


Terletak di banjaran Sungai Maasin di Kampung Lipasu Ulu, Bingkor, lokasinya hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Pusat Bandar Keningau jika menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki daripada laluan masuk untuk tiba di Pintu Utama Gua Batu Salag.

 
Kawasan Gua Batu Salag masih terpelihara dengan alam semulajadi dan fauna serta masih belum mempunyai kemudahan asas untuk pengunjung yang mungkin teringin berkunjung ke lokasi tersebut.

  • oleh
  • Advertisement