Anda di sini

Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kuantan

Advertisement
 

KUANTAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran depoh Alam Flora di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Yusof Ibrahim, 58, dan Ismail Jaafar, 61, yang mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati motosikal berkenaan telah mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan secara tiba-tiba, sebelum dilanggar kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan dari Gebeng menghala Kuantan.

“Pemandu kereta tersebut hanya mengalami kesakitan pada bahagian dada. Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas keputusan ujian calitan COVID-19 diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.   

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
 

Advertisement