Anda di sini

Warga emas maut semasa mendaki bukit

Advertisement
 Kakitangan KKM menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
PERIKSA: Kakitangan KKM menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia semasa mendaki Bukit Tun Fuad di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata kejadian jam 10 pagi membabitkan mangsa berumur 71 tahun.

“Panggilan kecemasan diterima jam 10.08 pagi memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri semasa menjalankan aktiviti mendaki bukit.

“Semasa ketibaan pihak bomba, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah berada di lokasi dan memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di lokasi kejadian.

“Pihak bomba membantu menurunkan mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.49 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement