Anda di sini

PKR Kota Kinabalu hulur sumbangan Rumah Bakti Harapan

Advertisement
 Lee (tengah) menyerahkan barangan sumbangan kepada Ginantar (dua kiri).
SUMBANGAN: Lee (tengah) menyerahkan barangan sumbangan kepada Ginantar (dua kiri).


KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Kinabalu menghulurkan sumbangan berupa makanan serta keperluan asas kepada Rumah Bakti Harapan di sini.

Setiausaha Politik Vivien Lee mewakili Ketua Cabang Datuk Christina Liew menyerahkan sumbangan kepada Pengasas merangkap Pengurus Rumah, Ginantar Balud.

Turut hadir Setiausaha Rumah Angela Joseph, Setiausaha Kehormat PKR Cabang Kota Kinabalu Helen Muhammari dan Ahli Jawatankuasa Chan Jun Git.

Rumah kebajikan yang didaftarkan pada 2003 itu menyediakan perlindungan kepada 10 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) berumur 20 tahun ke atas.

Berkongsi cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan rumah kebajikan ini Ginantar berkata, pihaknya tidak dapat menerima penghuni disebabkan kekangan ruang yang terhad.

“Sebenarnya, kami sepatutnya berpindah tetapi tuan rumah itu membenarkan kami tinggal sehingga premis baharu yang dicadangkan siap. 

“Awal tahun ini, kami membeli sebidang tanah di Tuaran untuk membina rumah perlindungan baharu, bagaimanapun rancangan terbabit terhalang disebabkan kekurangan dana," katanya.

Ginantar turut merayu kepada kerajaan bagi mendapatkan dana berikutan bangunan baharu itu dianggarkan memerlukan kos kira-kira RM550,000. 

“Selain menempatkan penghuni, dua blok utama itu juga akan menggabungkan pejabat, dewan serba guna dan unit warga emas,” katanya.

Advertisement