Anda di sini

Kursus pengurusan kecederaan terima sambutan baik

Advertisement
 Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus.
ALBUM: Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus.

PENAMPANG: Ramai menyertai Kursus Kecederaan Sukan Biasa dan Urusan Sukan Asas dalam Balapan dan Padang (Level 1) yang diadakan di sini baru-baru ini.

Wakil Persatuan Olahraga Daerah Tamparuli Lucy Jimoh berkata, kursus adalah anjuran Persatuan Olahraga Daerah Penampang dengan Kerjasama Persatuan Olahraga Sabah.

"Kursus ini disertai oleh wakil-wakil daripada Persatuan Olahraga Daerah seluruh negeri Sabah.

"Ia bertujuan memberikan input terkini kepada para jurulatih yang terlibat dalam sukan Olahraga berkenaan kecederaan dan asas urutan sukan yang betul dan terkini," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui kursus itu, ia memberikan pendedahan awal kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam sukan olahraga, selain 'New Refeshman Skills' kepada jurulatih yang mempunyai atlet serta kepada ibu bapa yang mempunyai anak dalam sukan olahraga ini.

Katanya, kursus berkenaan amat baik dan perlu diteruskan kerana banyak input baharu yang dapat diketahui.

Katanya, kursus seumpamanya akan membantu mereka yang selalu mengiringi atlet ke kejohanan untuk lebih bersedia sekiranya berlaku seberang kecederaan sewaktu pertandingan.

Pada upacara penutupan dan penyampaian sijil kursus ini, Radios Sakir mewakili Presiden Olahraga Sabah mengucapkan ribuan terima kasih atas semua peserta.

Dalam pada itu, kursus sama akan diadakan di Tawau pada 24 dan 25 Jun depan. 

  • oleh
  • Advertisement