Anda di sini

5G Booster beri lebih fleksibiliti kepada pelanggan CelcomDigi

Advertisement
CelcomDigi 5G Booster memenuhi keperluan pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi.
CelcomDigi 5G Booster memenuhi keperluan pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi.

KUCHING: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini memperkenalkan lebih banyak 5G Booster bagi pengguna Celcom dan Digi yang memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk menikmati dan memaksimumkan sambungan 5G pada rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia.

Mulai 1 Jun 2023, pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi boleh memilih daripada pelbagai 5G Booster baharu untuk memenuhi keperluan mereka.

Dengan 5G Booster baharu ini, pelanggan pascabayar dan prabayar kini mempunyai akses kepada kelajuan 5G pada pelan Internet berkelajuan tinggi.

Pelanggan pascabayar hanya perlu menambah RM10 pada pelan bulanan mereka untuk menikmati 5G Booster.

Ia juga boleh didapati secara percuma pada pelan pascabayar melebihi RM90. 
Selain itu, pelanggan prabayar boleh mendapatkan akses 5G dari serendah RM3.

Sempena dengan pelancaran 5G Booster, CelcomDigi memberikan pelanggan tawaran pengenalan 50 peratus bonus kuota Internet yang boleh digunakan pada kedua-dua rangkaian 4G dan 5G. Tawaran pengenalan ini akan berakhir pada 30 September 2023.

Selain itu, pelanggan dengan pelan pascabayar di bawah RM90 akan menikmati akses 5G percuma untuk masa yang terhad. Tawaran 5G Booster percuma akan tamat pada 30 Jun 2023 dan yuran RM10 akan dikenakan mulai 1 Julai 2023.

Dalam pada itu, pelanggan yang melanggan pelan MEGA untuk Business Lightning atau Go Digi melebihi RM90 akan menikmati 5G Booster secara percuma.

Para pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan kuota Internet 5G tanpa had bagi MEGA untuk Business Lightning 158 dan Go Digi 168.

Untuk mula mengalami kelajuan 5G pada rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia, pelanggan CelcomDigi boleh mengaktifkan 5G Booster pilihan mereka dengan menyemak kelayakan pelan dan mengaktifkan 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau aplikasi MyDigi pada peranti 5G mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang 5G Booster baharu, sila layari www.celcom.com.my/5G atau www.digi.com.my/5G.
 

Advertisement