Anda di sini

Penduduk Kg Agudon sertai program gotong royong, ceramah

Advertisement
 Penduduk Kg Agudon bergotong royong membersihkan persekitaran kampung sempena program itu.
BERSAMA: Penduduk Kg Agudon bergotong royong membersihkan persekitaran kampung sempena program itu.

KENINGAU: Program Gotong Royong Perdana dan Ceramah Kesihatan anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Keningau bersama Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau dengan kerjasama Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan jayanya.

Program gotong royong dan ceramah itu turut disertai sebahagian besar penduduk Kampung Agudon baru-baru ini.

Penglibatan penduduk kampung tersebut dalam kerja-kerja bergotong royong membersihkan persekitaran kawasan perkampungan menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Ia juga jelas menunjukkan semangat kebersamaan penduduk dalam menjalankan sebarang aktiviti secara bersama yang diyakini dapat menyemarakkan lagi perpaduan.

Pegawai Perubatan dari Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau, Dr Nor Atiqah Zakaria menyampaikan ceramah 'Lupuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes' dalam program tersebut.

Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Keningau yang diketuai oleh Teo Guan Leck turut menyumbangkan peralatan mesin rumput dan peralatan gotong royong kepada penduduk kampung terbabit yang disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong.

Turut diadakan ialah pemilihan peserta ‘gotong royong bertuah’ melalui pendaftaran peserta.
 
  • oleh
  • Advertisement