Anda di sini

Klopp komited dalam mengembalikan semula kegemilangan The Reds 

Advertisement
 

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa dia tidak perlukan rehat dari pengurusan bola sepak ketika cuba mengembalikan Liverpool di landasan sebenar selepas satu musim bermasalah.

Liverpool gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas menamatkan musim di luar empat tangga teratas liga buat kali pertama sepanjang musim penuhnya membimbing kelab.

Keputusan seri 4-4 di Southampton pada hari terakhir musim melanjutkan rekod tanpa kalah Liverpool kepada 11 perlawanan namun mereka terpaksa akur menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelima.

Klopp adalah pengurus paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini dan ada dakwaan di mana pengurus dari Jerman itu akan meninggalkan kelab kerana keletihan.

Tetapi apabila ditanya jika dia memerlukan rehat dari bola sepak, Klopp berkata: “Tidak, tidak sama sekali. Sejujurnya saya sangat OK.

“Jika kamu bertanya saya 11 perlawanan yang lalu, ‘adakah kamu mahu berehat?’ Sejujurnya saya akan memikirkannya.

“Tetapi saya sangat OK, penuh tenaga. Saya ada rehat – saya tidak mempunyai latihan dan semua yang meletihkan.

“Saya akan mencari masa untuk mengembalikan tenaga dan kemudian kita akan bermula sekali lagi pada bulan Julai.”

Tangga kelima liga adalah kedudukan paling rendah kelab sejak menamatkan musim 2015/2016 di tangga kelapan, pada musim di mana Klopp menggantikan Brendan Rodgers di Anfield.

Walaupun kesukaran musim ini, Klopp boleh berasa gembira dengan cara skuad bersatu sepanjang saat sukar.

“Tiada banyak yang boleh dipelajari dari musim ini tetapi banyak kelab apabila jangkaan adalah setinggi kami, apabila semuanya tidak menjadi, anda mula menyalahkan sesama sendiri,” katanya.

“Ia tidak berlaku di sini. Lebih bagus ada menjaga tingkah laku semasa krisis, lebih bagus anda berjaya keluar dari masalah dan saya benar-benar fikir ia berlaku di sini.

“Kami benar-benar tidak gembira dengan apa yang berlaku dan untuk sebuah kelab seperti kami, ia sesuatu yang sukar untuk diterima apabila gagal layak ke Liga Juara-Juara.

“Jika kami meningkat, kami sekali lagi menjadi pasukan yang tidak ingin dihadapi lawan dan itulah yang harus kami kembalikan.” — AFP
 

Advertisement