Anda di sini

SMK Lundu rai warga sekolah sempena Hari Guru

Advertisement
Persembahan Boria oleh pengawas sekolah
Persembahan Boria oleh pengawas sekolah

LUNDU: Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat buat semua insan yang bergelar guru dan semestinya tarikh itu jugalah tarikh yang amat dinantikan oleh semua murid kerana berpeluang mengapresiasikan penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru yang mendidik mereka selama ini.

Berpegang kepada prinsip inilah, Majlis Perwakilan Pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Kumpulan Suara Pelajar @ Students Voice Group (SVG), Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM), dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bergabung tenaga untuk menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat SMK Lundu. 

Guru diraikan sebagai tetamu dihiburkan dengan persembahan yang menarik, seperti persembahan tarian, deklamasi Sajak dalam dwibahasa, nyanyian, serta lakonan. 

Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru ini, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. 

Jamuan Sambutan Hari Guru SMK Lundu 2023.
Jamuan Sambutan Hari Guru SMK Lundu 2023.

Di samping itu, murid-murid juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana yang dijalankan memberi erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru. 

Satu kelainan yang turut diselitkan dalam Sambutan Hari Guru kali ini adalah dengan menampilkan konsep “Ngabang”, iaitu semua pentadbir, guru dan pelajar di SMK Lundu mengunjungi setiap kelas serta menikmati jamuan yang telah dihidangkan sambil disajikan dengan persembahan nyanyian. 

Selain itu, jamuan turut diadakan bagi meraikan kedatangan Pengetua baharu, Mohammad Azizan Madihi, guru yang berpindah dan berpencen. 

Aktiviti "Ngabang" atau kunjung-mengunjung Jamuan Kelas sempena Hari Guru Tahun 2023.
Aktiviti "Ngabang" atau kunjung-mengunjung Jamuan Kelas sempena Hari Guru Tahun 2023.

Bagi guru-guru di SMK Lundu, biarpun sambutan ini sederhana tetapi amat bermakna buat mereka sebagai warga pendidik. 

Mudahan sambutan ini dapat dimantapkan lagi pada tahun hadapan dengan adanya pelibatan daripada ibu bapa secara menyeruluh bersama-sama meraikan suasana sambutan hari guru di sekolah. 
 

Advertisement