Anda di sini

Pustaka Sibu melakukan perubahan terhadap Perkhidmatan 'Book Bear'

Advertisement
 

SIBU: Pustaka Sibu melakukan perubahan terhadap Perkhidmatan 'Book Bear' yang dapat diakses melalui melalui aplikasi Angka.sa2.

Dalam satu kenyataan, Pustaka Sibu memberitahu bahawa aplikasi tersebut merupakan perkhidmatan pinjaman buku boleh dipasang daripada Google Play Store atau Appstore.

Perkhidmatan ‘Book Bear' disediakan dari jam 10 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja dan 9 pagi hingga 6 petang hujung minggu.

Perubahan tersebut bertujuan mengubah cara pengguna mengakses koleksi buku pustaka.

Perkhidmatan tersebut disediakan kepada ahli berdaftar di tiga perpustakaan iaitu di Kuching, Miri dan Sibu.

Untuk rekod perkhidmatan ini disediakan khusus untuk pengguna perpustakaan yang ingin meminjam buku daripada perpustakaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Pengguna boleh memilih sama ada mendapatkan bahan daripada perpustakaan untuk dihantar ke alamat mereka atau diambil di perpustakaan. 

Penghantaran disediakan dalam radius 20 kilometer dari perpustakaan.
 

Advertisement