Anda di sini

Petinju Kampung Sungai Mata Samarahan tempah tiket beraksi di TFC Bangkok

Advertisement
Muhammad Aisamuddin (dua kiri) dan Ho John Cris bersama penganjur acara Tsan Nieng Khai (kiri) dan Will Chope. -Gambar Chimon Upon
Muhammad Aisamuddin (dua kiri) dan Ho John Cris bersama penganjur acara Tsan Nieng Khai (kiri) dan Will Chope. -Gambar Chimon Upon

KUCHING: Muhammad Aisamuddin Mohamad menempah tiket untuk beraksi pada Thailand Fighting Championship (TFC) yang akan berlangsung di Bangkok hujung tahun ini. 

Penolong jurulatih berusia 29 tahun di KNOX13 Boxing Club di Metro City Kuching, yang mewakili kelab itu, menewaskan lawannya Andre Warmonger "Ghost"dengan keputusan sebulat suara selepas menamatkan tiga pusingan bagi kategori (70.3-77.1 kilogram).

Ia merupakan perlawanan ke-13 daripada 23 perlawanan yang diadakan di Kejohanan Perlawanan Road to Thailand Fighting Championship 1.0 Mixed Martial Arts Fighting Championship di Sarawak Mixed Martial Arts Sports Hub (SMASH), Boulevard Shopping Mall pada Sabtu.

"Saya benar-benar gembira memenangi kejohanan antarabangsa besar pertama saya yang diadakan di Kuching, Sarawak buat pertama kalinya.

"Sebenarnya, saya tidak yakin untuk menang hari ini tetapi saya fokus untuk cuba melakukan yang terbaik.

"Saya pernah bertarung dan menang dalam kejohanan tempatan dan kebangsaan sebelum ini tetapi bagi saya, ini adalah pengalaman yang menakjubkan dan saya rasa ia sangat mencabar dan mengujakan," kata pemenang pingat emas tinju lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014 bagi kategori 56 kilogram (kg) yang berasal dari Kampung Sungai Mata, Samarahan itu.

Peserta berkumpul untuk bergambar secara berkumpulan bersama-sama pegawai kejohanan dan ahli jawatankuasa pengelola pada akhir pertandingan. -Gambar Chimon Upon
Peserta berkumpul untuk bergambar secara berkumpulan bersama-sama pegawai kejohanan dan ahli jawatankuasa pengelola pada akhir pertandingan. -Gambar Chimon Upon

Muhammad Aisamuddin dalam masa yang sama berharap untuk mencapai tahap yang lebih tinggi selain mendapat sokongan daripada semua pihak untuk perlawanan di Bangkok.

Turut serta bersama Muhammad Aisamuddin dalam TFC besar di Bangkok Disember ini ialah John Cris Ho dari FIGHTX yang menewaskan Loh Tuan Guan dari Rebel Boxing Club dalam acara welterweight (77.1kg hingga 83.9kg).

Road to Thailand Fighting Championship 1.0 adalah yang pertama daripada acara kelayakan untuk grand final ke TFC yang akan diadakan di Stadium World Siam di Bangkok. 

TFC 2.0 dan TFC 3.0 akan diadakan di Sri Lanka bulan depan dan Ogos sebelum TFC 4.0 akan dianjurkan di Kuching pada Oktober untuk memberi dua lagi slot kepada petinju terpilih. 
 

  • oleh
  • Advertisement