Anda di sini

Peru isytihar darurat di 131 daerah susulan fenomena El Nino

Advertisement
 

LIMA: Kerajaan Peru pada Isnin mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 131 daerah berikutan "bahaya” yang kemungkinan berlaku disebabkan fenomena El Nino, lapor Xinhua.

Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, daerah itu termasuk Apurimac, Cusco, Junin dan Puno.

Langkah itu diambil bagi membolehkan Institut Pertahanan Awam Negara, Kementerian Kesihatan dan institusi lain bersama-sama untuk melaksanakan tindak balas kecemasan dan pemulihan. - BERNAMA-XINHUA
 

Advertisement