Anda di sini

Perayaan Kaamatan, Gawai platform penyatuaan rakyat

Advertisement
LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

KOTA KINABALU: Perayaan Kaamatan dan Gawai di borneo menjadi platform penyatuan rakyat pelbagai kaum supaya dapat bersama-sama mencapai matlamat kejayaan negara.

Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, proses mewujudkan negara Malaysia yang bersatu adalah usaha berterusan dan perlu dilindungi serta diperkukuhkan.

Katanya, inisiatif mempromosikan sambutan ini ke seluruh negara membawakan semangat Malaysia Madani yang leluhurnya memperkasakan perpaduan harmoni.

“Seluruh rakyat boleh meraikan pesta Kaamatan di Sabah dan Gawai di Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan kumpulan etnik di kedua-dua negeri berkenaan.

“Melalui cara ini, kita dapat menuai bukan sahaja informasi yang menarik, tetapi menuai semangat integrasi yang mampu mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, saban tahun apabila tiba pesta menuai, ia diraikan dengan meriah di borneo tidak kira sama ada di Sarawak ataupun di Sabah.

“Justeru, saya cadangkan agar kemeriahan perayaan dibawa hingga ke seluruh negara supaya semua kaum dapat merasainya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement